SELAMAT DATANG

TERAPI KAUNSELING SK LEREH

TANJONG KLING, 76 400 MELAKA

Tel : 06-3154264
Faks : 06-3154919

‘Segala yang BAIK bermula di Bilik Kaunseling’

MENU

Saturday, August 27, 2011

TERAPI PERMAINAN PASIR 2

Terapi pasir atasi murung

Kehalusan pasir yang mempunyai tekstur yang semula jadi dapat memberi inspirasi kepada remaja untuk meluahkan perasaan.

TERAPI pasir merupakan pendekatan berkesan bagi melakar emosi remaja.


MASALAH remaja yang gemar menyembunyikan dirinya di dalam bilik atau murung akibat ditinggalkan kekasih, gagal dalam peperiksaan, dirogol, didera ataupun dianiaya golongan yang tidak berperikemanusiaan boleh diatasi menerusi kaedah terapi pasir semula jadi.
Menariknya, remaja berkenaan akan ditempatkan di sebuah bilik Terapi Permainan Pasir dengan dikelilingi pelbagai miniatur mainan.
Antaranya ialah patung manusia yang sedang beraksi, binatang, replika bangunan, hidupan laut, tumbuh-tumbuhan, kartun, batu dan sebagainya.
Sama ada ditinggalkan berseorangan ataupun ditemani seorang kaunselor, remaja tersebut akan menyusun ke semua barangan mainan yang dipilihnya itu di atas sedulang pasir laut.



Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan mereka ketika itu. Kebiasaannya, mereka lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil.
Seperti kembali ke zaman kanak-kanak, bermain pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.
Kehalusan pasir daripada hasil bumi yang semula jadi memberi inspirasi sebenar kepada remaja untuk meluahkan perasaan.
Biarpun malu untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa, rakan-rakan mahupun orang yang paling dekat dengan mereka, pasir adalah tempat sesuai untuk mereka melukis segala perasaan yang terbuku di dalam hati selama ini.
Menurut kaunselor P.S The Children, Maznah Ibrahim, terapi ini dapat meluahkan emosi yang terpendam, tingkah laku, pemikiran dan keinginan yang masih terkubur menerusi aplikasi susunan mainan.
P.S The Children adalah sebuah Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-kanak Selangor dan Kuala Lumpur.
Maznah berkata, pusat tersebut mula memperkenalkan terapi mainan sejak beberapa tahun lalu.
Dengan kaedah yang diperkenalkan itu, mereka mendapati terapi pasir adalah sebahagian daripada medium perantaraan individu bermasalah dan kaunselor.
"Menariknya mengenai terapi mainan ini, ia menggunakan satu bentuk komunikasi yang pelbagai, kreatif dan berunsur seni untuk mengesan dan merawat masalah psikologi serta emosi dalam kalangan remaja.
"Apabila mereka enggan atau menghadapi kesukaran untuk mengekspresi dan mengenali potensi diri, kaedah ini dapat membantu melegakan apa yang dirasai.
"Memandangkan remaja begitu payah meluahkan perasaan mereka, kaedah ini diharap dapat membantu mereka memahami diri masing-masing dengan lebih jelas dan mula meletakkan kepercayaan kepada pendengarnya iaitu kaunselor," ujarnya.
Medium yang digunakan ini adalah perkataan yang membawa erti yang tersirat sekali gus memberi kesan kepada perspekstif emosi remaja tersebut.



Kata Maznah lagi, patung-patung yang disusun di atas rak telah dibahagikan mengikut fungsi masing-masing dan boleh mewakili perasaan dalam dan luaran serta menjadi simbol keperibadian mereka.
Selain terapi mainan seperti boneka, tanah liat, muzik, lukisan dan pergerakan, terapi pasir juga berkesan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa sama ada di sekolah, hospital, agensi-agensi kebajikan mahupun diamalkan dalam kaunseling peribadi.
Menjelaskan keberkesanan terapi pasir katanya, terapi ini sesuai diaplikasikan kepada remaja bermasalah di peringkat awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang lebih kompleks.
Ditanya apakah prosedur permulaan sesi terapi pasir terhadap seorang remaja, Maznah menjelaskan, beberapa kertas soalan atau Strenghts & Difficulties Questionnaire (SDQ) akan diberikan kepada ibu bapa, remaja dan guru-guru.
"Mereka ditugaskan menilai tingkah laku, emosi, hubungan, dan perwatakan remaja tersebut.

SETIAP patung yang dipilih remaja menghuraikan maklumat yang tersirat.


Kemudian, berdasarkan pernilaian yang dibuat, ia akan menentukan sama ada remaja tersebut harus mengikuti sesi terapi ataupun tidak.
"Sekiranya masalah yang dihadapi itu serius, dia perlu menjalani terapi pasir oleh seorang kaunselor.
"Setiap satu sesi mengambil masa selama 45 minit, bergantung pada kemahuan dan perubahan yang ditonjolkan remaja berkenaan," jelasnya.
Menurutnya, setiap remaja mempunyai kemampuan memperbaiki diri mereka sendiri dan kita perlu memberi peluang kepada mereka untuk berubah.
Tanpa bantuan dan sokongan yang diberikan, maka musnahlah kehidupan remaja tersebut.

No comments:

Post a Comment